Thursday, April 5, 2012

Cara Untuk Membuka Kedai Francais - KFC, Pizza Hut, Mc Donald's

Apa yang dikatakan Francais


Ia merupakan sistem perniagaan runcit yang beroperasi menggunakan jenama perniagaan yang dimiliki oleh syarikat induk yang terkenal. Dalam sistem francais, syarikat induk dikenali sebagai francaisor. Francaisor ini akan memberi hak serta kebenaran untuk kita menjual barang dari jenama yang mereka miliki.


Kita yang bersetuju menjual barang ini dikenali sebagai francaisi. Bagi mendapatkan hak memasarkan barang tersebut, francaisi perlu membayar sejumlah royalti kepada francaisor. Royalti ini ialah bayaran atas jumlah jualan yang dibuat. Ia dikira mengikut kadar yang telah ditetapkan berdasarkan syarat yang dipersetujui bersama oleh francaisi dan francaisor.

Menjalankan Perniagaan Francais


1. Francaisi perlu sediakan modal untuk menubuhkan perniagaan francaisnya. Antara yang dilakukan ialah membeli peralatan, membayar lesen francais dan banyak lagi.

2. Tanggungjawab Francaisi ialah menjaga imej perniagaan serta patuh peraturan dalam syarat francais

3. Francaisor akan memberi tunjuk ajar kepada francaisi

4. Francaisor berhak menarik balik hak yang diberikan kepada francaisi

Contoh perniagaan francais ialah seperti berikut:

a) KFC

b) Mc Donald's

c) Pizza Hut

d) 7-eleven

e) Goodyear Malaysia Behad

f) Kedai Buku Popular

2 comments:

  1. bagaimana cara hendak memulakan perniagaan francais?

    ReplyDelete
  2. ni bkn cara nk bkk francais. ni just citer ape itu francais!

    ReplyDelete